Barat Sebenarnya Bimbang Iran Boleh Menyerang Israel?
10:53 PM | Author: anakbelalang



IRAN dengan beraninya mengumumkan pengeluaran kumpulan pertama uranium yang diperkaya menjadi tahap lebih tinggi sehingga lebih 80 peratus yang berpotensi menghasilkan bom atom. Pengumuman itu membimbangkan AS walaupun sehari sebelum itu Iran sudah dikenakan sekatan baru.

Negara berfaham Syiah itu menggegarkan dunia khususnya Amerika Syarikat (AS) dan Israel apabila berjaya menghasilkan ‘stok pertma' uranium yang diperkaya lebih 20 peratus bagi mencapai tahap ‘negara nuklear'. Kejayaan itu sekaligus membawa maksud Iran sudah bangkit dan tidak akan tunduk di bawah kuasa besar yang sebelum ini boleh melakukan apa ssaja kepada negara kecil dengah kekuatan senjata mereka yang canggih.

Ternyata kini AS dan kuasa barat lain tidak boleh membuli Iran seperti yang sudah dilakukan kepada negara-negara Islam lain di rantau Telok. AS dikatakan sedang menimbangkan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menghalang dan menghentikan Iran dari terus menjayakan program pengkayaan uraniumnya.

Namun, beberapa pemerhati berpendapat langkah itu sudah terlambat dan jika AS berani menyerang Iran ia boleh membawa peperangan nuklear yang merbahya dan mengancam Asia Barat dan dunia umumnya.

Dari awal lagi Iran terus membangunkan loji senjata nuklear walaupun kuasa barat yang diketuai AS sudah melaksanakan pelbagai sekatan demi sekatan kepada republik negara Islam itu dengan alasan Iran berhasrat membina senjata nuklear sekaligus membuat bom atom bagi menyerang Israel.

AS dengan dibantu Britain, Perancis, Jerman dan beberapa lagi negara Eropah menggunakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk menyekat program nuklear negara itu. Menurut andaian popular di barat, Iran akan menggunakan pembangunan loji nuklearnya untuk mempertahan diri dari serangan Israel tetapi pada waktu sama menyerang negara Zonis itu jika diserang.

AS menggunkan IAEA menghasut wakil 25 negara supaya menyokong sekatan ke atas Iran kecuali Malaysia, Cuba dan Venezuela. Namun, Malaysia juga akhirnya tunduk dengan tekanan apabila terpaksa memanggil pulang Wakil Tetapnya di PBB, Datuk Mohd Arshad Hussein selepas beliau mengundi menghalang resolusi itu walaupun pada dasarnya Malaysia menentang mana-mana negara lain membangunkan program nuklear seperti Korea Utara, India dan AS sendiri.

Malaysia di bawah PM Najib mengambil pendirian negatif tidak seperti dizaman Dr Mahathir yang berani menentang dan mendedah agenda barat. Najib seolah-olah takut dengan tekanan kuasa besar yang diketuai AS padahal jika dilihat dari persepktif lebih luas pendirian itu sebenarnya tidak boleh mengubah keputusan Iran untuk terus membina program nuklearnya dan pada waktu sama tidak juga boleh menukar ancaman barat dari terus menekan Iran.

Kenapa negara barat terutama AS dan Israel bimbang dengan program nuklear Iran padahal sudah diberitahu berulangkali bahawa proram itu untuk kegunaan tenaga dan bukan membuat senjata pemusnah? Mengapa negara lain termasuk India, Pakistan dan Israel dibenarkan melancarkan program nuklear, tetapi tidak kepada Republik Islam Iran? Adakah AS dan negara-negara barat bimbang Iran akan menggunakan senjata itu untuk menyerang dan memusnahkan Israel - sekutu kuat barat?

Andaian itu ridak boleh diketepaikan kerana samada setuju atau tidak, Iran sebenarnya berhak membangunkan senjata nuklear dan membuat bom atom sebagai memberi amaran sekaligus menakutkan Israel supaya tidak bertindak sebarangan kepada negera-negara Islam di Semenanjung Arab termasuk Iran.

Dengan munculnya Iran sebagai ‘kuasa nuklear' sudah menjadi ketakutan yang amat besar kepada Israel supaya lebih berhati-hati dalam hubungannya dengan negara jiran Arabnya apalagi melakukan sebarang bentuk serangan sewenang-wenangnya seperti sebelumnya. Dalam situasi terkini, Israel pasti berfikir banyak kali sebelum menyerang mana-mana negara Islam yang berdekatan Iran termasuk Palestin.

Menurut penganalisis barat, Israel sebenarnya paling bimbang senjata nuklear Iran itu boleh menjadi milik sekutu kuatnya di Lebanon dan Syria. Ini bermakna senjata pemusnah itu boleh jatuh ke tangan kumpulan militan yang digeruni - Hizbullah dan Hamas. Jika ini terjadi, ia bakal mengancam kewujudan terus negara haram Zionis itu kerana secara langsung bermakna kekuatan ketenteraan rejim zionis itu sedikit sebanyak sudah diimbangi oleh kekuatan senjata canggih yang sudah dimilkki oleh Lebanon dan Syria.

Iran dibawah Presidennya yang bertubuh kecil tetapi lantang bersuara, Mahmoud Ahmadinejad tidak tunduk kepada amaran AS supaya hadir semula ke meja perundingan bagi menghentikan usaha program nuklernya. Terbaharu, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton sudah berjumpa Raja Abdullah dari Arab Saudi supaya memujuk China mengajak Iran menyambung semula rundingan damai. PM Israel, Benjamin Nethanyahu yang dalam ketakutan, terbang tergesa-gesa ke Moscow untuk memujuk pemimpin tertinggi di Russia supaya mengenakan lebih banyak sekatan dan tekanan kepada Iran.

Iran secara terbuka melancarkan roket terbaru, Kavoshgar-3 ke angkasa lepas untuk tujuan penyelidikan. Barat sudah menuduh roket yang membawa kepala peluru berpandu itu sebagai satu provokasi selepas IAEA mengenakan sekatan kepada Iran. Barat mendakwa percubaan itu sebagai isyarat Iran akan menggunkan tenaga nuklear dan penerokaan angaksa lepas bagi membina bom dan peluru berpandu balistik.
Penerokaan ke angkasa lepas amat membimbangkan AS dan Israel apalagi dengan peningkatan tahap memperkaya uranium hingga boleh menghasilkan bom atom yang boleh mengancam negara Yahudi itu.

Tidak dapat dinafikan negara Islam paling digeruni barat khususnya Israel ketika ini sudah muncul sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis Nabi Muhamad (SAW) yang bermaksud; Di akhir zaman kelak muncul kaum dari anak cucu keturunan sahabat Baginda bernama Salman Al Farisi yang akan bangkit membela dan berjuang untuk Islam dari ancaman musuh-musuhnya kaum kufar.

Keturunan anak cucu Salman itu berasal dari Parsi yang bermaksud tanah besar Iran seperti yang dikenal hari ini.

IZMAS
23hb Februari, 2010

Pandangan Islam Tentang Hari Kekasih (Valentine Day)
3:12 PM | Author: anakbelalang



Salam sejahtera dan salam persahabatan kepada semua pengunjung blog saya. Bersyukur kepada Allah yang menjadikan alam semesta, menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian, menjadikan rezeki kepada seluruh umat manusia ini dan sesungguhnya Allahlah yang layak di sembah dan dipuja. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw dengan berkat perjuangan Baginda Islam dapat dinikmati sehingga sekarang ini.


Cinta yang selayaknya umat manusia serahkan adalah kepada Sang Pencipta manusia (Allah), kerana cintakan Allah adalah kekal abadi. Cinta manusia atau sesama makhluk akan kecewa pada suatu hari nanti. Sesiapa yang mencintai Allah tidak akan rugi dan tidak akan kecewa kerana manusia itu akan rasa kelazatan imannya di dunia dan di akhirat sepertimana yang berlaku kepada ahli sufi (hidupnya untuk Allah di dunia dan di akhirat). Malang bagi sesiapa yang cintakan manusia lebih dari mencintai Allah akan kecewa dan akan mengundang mala petaka kepadanya seperti berlaku penceraian antara suami dan isteri, berlaku pergaduhan, orang yang dicintai meninggal, orang yang dicintai mempunyai kekasih lain dan sebagainya. Ingatlah cinta yang selayaknya adalah Allah merupakan cinta yang pertama yang perlu diberikan oleh semua umat manusia. Cinta yang kedua adalah cintakan Rasul, bagi sesiapa yang cintakan rasul akan memperolehi syafaat darinya di hari kemudian nanti, lambang orang yang mencintai rasul adalah seperti sentiasa berselawat kepadanya, maka Allah akan menambahkan pahalanya sebanyak 10 pahala bagi orang yang berselawat. Cinta yang ketiga adalah kepada para alim ulamak, kerana mereka adalah penerus perjuangan Rasulullah dan menggadaikan jiwa, raga, penat lelah, harta dan sebagainya kerana untuk menyebarkan syiar Islam. Cinta yang keempat ialah cintakan ibu bapa, kerana tanpa mereka kemanalah kita semua, mereka juga banyak berkorban untuk anak yang tercinta demi memastikan anak mereka memperolehi kejayaan di hari kelak nanti. Cinta yang kelima adalah cintakan isteri dan anak-anak, kerana isteri atau suami dan anak-anak yang soleh dan solehah adalah penghibur dan menceriakan suasana kehidupan seseorang.


Cinta yang telah disenaraikan di atas ini, adalah cinta yang selayaknya untuk diberikan, kerana ini semua merupakan tanggungjawab kita semua, jika ini dapat ditegakkan maka seseorang itu tidak akan terlari dari landasan yang dituntut dalam Islam. Masalah pada masa sekarang ini, ialah ramai umat Islam yang menyambut kekasihnya dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syariat Islam. Contohnya dapat dilihat pada tarikh 14 Febuari setiap tahun ramai umat Islam menyambut hari kekasih (Valentine Day). Ramai ulamak Islam mengeluarkan fatwa mengenai sambutan hari kekasih ini seperti Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa :


“Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut. Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom. Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama. Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.”


Kesimpulan dari fatwa Mufti Perak ini ialah, sesiapa yang menyambut hari kekasih ini adalah haram dan murtad kerana mereka mengikuti jejak langkah agama lain dalam menyambut upacara keagamaannya. Nama sambutan hari kekasih ialah Valentine yang bersempena nama padri yang dibunuh oleh pemerintah Rom ketika itu, kerana beliau mengahwinkan seorang tentera Rom. Sambutan hari kekasih ini juga disambut oleh penganut-penganut kristian dan ini adalah salah satu sambutan keagamaan mereka. Haram kepada umat Islam menyambut hari kekasih ini dan sesiapa yang menyambutnya dikuatiri murtad dari agama Islam.


Sebenarnya sambutan hari kekasih ini juga bercanggah dengan ajaran Islam, kerana Islam batasannya dalam pergaulan antara lelaki dan perempuan. Ramai muda-mudi Islam yang ternanti-nanti untuk merayakan hari kekasih ini dengan berbagai perbuatan yang diharamkan oleh Islam. Allah swt berfirman yang bermaksud, “Dan janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.’’ (al-Isra: 32).


Dari ayat Al-Quran di atas, jelas bahawa Islam melarang umatnya menghampiri zina, kerana zina itu adalah haram dan merosakkan hati umat Islam. Kesan dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan berlakunya kes-kes pembuangan anak, pengguguran, anak luar nikah makin bertambah dan sebagainya. Ini juga memalukan keluarga dan pasangan yang melakukan kerana perbuatan maksiat atau zina ini sangat di hina oleh masyarakat dan Islam.


Saranan saya, marilah kembali kepada cinta yang hakiki iaitu cinta ilahi, kerana cinta ilahi inilah sebenar-benar cinta, apabila seseorang itu mencintai Allah, maka ia akan memperolehi segala kenikmatan dunia dengan berkat cintanya kepada Allah. Sambutlah kekasih kita dengan cara yang dikehendaki oleh Islam iaitu melalui saluran perkahwinan yang sah. Sambutlah ulang tahun perkahwinan dengan majlis yang diredhoi Allah, seperti mengadakan majlis doa selamat, bermesra dengan pasangan dan sebagainya yang dihalalkan oleh Islam.





sumber