WiMAX vs 3G
1:45 PM | Author: anakbelalang

KETIKA ini, kita sibuk membicarakan kehadiran WiMAX di negara ini dalam merealisasikan kemajuan teknologi manakala di negara barat dan Asia Pasifik, ia turut mendapat tempat istimewa.

Di Malaysia, 3G digunakan sebagai teras perhubungan dan lebih diterima kehadirannya berbanding WiMAX kerana ia masih terlalu baru.


Mengapa masih tiada keterbukaan pengguna mengenai WiMAX? Adakah 3G lebih hebat atau pengguna belum memahami konsep WiMAX yang dianggap setara atau lebih berteknologi tinggi?

Teknologi generasi pertama (1G) dibangunkan akhir 1970 dan berterusan sehingga 1980-an. Manakala 2G pula dimulakan pada 1990, dibangunkan menerusi teknologi CDMA dan Sistem Global untuk Komunikasi Mudah Alih (GSM).

Seterusnya, peningkatan teknologi diteruskan dengan kewujudan 2.5G atau dikenali sebagai rangkaian Data yang Dipertingkatkan untuk Evolosi GSM iaitu perkembangan rangkaian Perkhidmatan Radio Berpaket Am (GPRS) yang diperkenalkan kepada pengguna telefon bimbit menerusi sistem GSM.

Manakala, 3G adalah rangkaian generasi ketiga berdasarkan standard Persatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) yang digunakan di bawah IMT-2000.

Ia dianggap permulaan ke arah komunikasi tanpa wayar sama ada di talian tetap atau mudah alih. Rangkaian boleh diakses daripada pelbagai lokasi selagi ada liputan yang disediakan rangkaian 3G terbabit.

3G tidak memonopoli penggunaan suara semata-mata bahkan ia dicipta untuk komunikasi data bagi membolehkan pengguna menerima perkhidmatan rangkaian yang lebih luas seperti persidangan video, data jalur lebar tanpa wayar yang dibuat menerusi telefon bimbit.

WiMAX (Kebolehoperasian Sedunia bagi Capaian Gelombang Mikro) adalah teknologi telekomunikasi untuk mengakses Internet menerusi jaringan jalur lebar mudah alih tanpa wayar yang menghasilkan kelajuan melebihi 2 Megabit sesaat (Mbps).

Teknologi ini berdasarkan standard IEEE 802.16d untuk WiMAX talian tetap manakala 802.16e dikenali sebagai WiMAX mudah alih.

Ia dianggap teknologi baru yang mampu menguasai peralihan teknologi maklumat (IT) bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

WiMAX berpotensi untuk membina pasaran baru, mengubah skop Internet dan sebagai revolusi perubahan jaringan telefon bimbit.

Jika dilihat evolusi 3G dan WiMAX, 3G menerusi telefon bimbit lebih fokus kepada teknologi suara berbanding WiMAX 10 kali ganda kepada perkembangan teknologi data.

Oleh itu, 3G vs WiMAX boleh diumpamakan seperti suara vs data. Hakikatnya, kedua-dua teknologi ini saling melengkapi kekurangan masing-masing.

Secara konsepnya, WiMAX direka sebagai laluan untuk pengguna mengakses Internet dan bukannya menggantikan rangkaian telefon sedia ada.

Namun, kewujudan WiMAX yang mempunyai Internet Protocol (IP), menyokong kekuatan Quality of Service (QoS) dan keselamatan, WiMAX dianggap sebagai platform yang cemerlang untuk mengendalikan inovasi Suara menerusi Protokol Internet (VoIP).

Apabila WiMAX digabungkan dengan VoIP, ia boleh menjadi alternatif kepada teknologi 3G di telefon kerana dianggap berkesan menerusi lebar lajur, talian dan memudahkan perbualan suara sebagai aplikasi terbaru.

Disebabkan itu, WiMAX sering disalah erti sebagai teknologi yang bakal mengubah rangkaian telefon.

Ternyata silap! WiMAX cuma memudahkan pengguna untuk mencapai rayauan Internet yang meluas walau di mana jua pengguna berada.

Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks (M) Sdn Bhd (P1), Michael Lai, berkata Malaysia bakal mencapai sehingga 50 peratus perkembangan jalur lebar pada tahun 2010.

“Selaras itu, pada Ogos lalu, P1 yang melancarkan P1 WiMAX, menjadi peneraju utama perkhidmatan WiMAX di Malaysia dan perkhidmatan pertama di Asia Tenggara.

“P1 juga diiktiraf sebagai penyedia rangkaian WiMAX yang pertama menggunakan spektrum 2.3GHz di dunia,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan jalur lebar di Malaysia hanya tujuh peratus manakala perkembangan telefon bimbit melebihi 80 peratus.

“Terdapat dua perkembangan masa kini yang memberi cabaran kepada P1 iaitu telefon bimbit dan jalur lebar.

“Bayangkan pergerakan kita hari ini tanpa telefon bimbit? Bagaimana pula jika dahulunya kita menolak menggunakan telefon bimbit dan hari ini kita tidak boleh hidup tanpanya? Senario ini sama seperti jalur lebar yang ketika ini menjadi keperluan pada setiap pengguna.

“WiMAX dibangunkan untuk data, Internet dan jalur lebar yang kini menuju ke jalur lebar tanpa wayar iaitu hanya menggunakan modem USB tanpa wayar,” katanya.

Menurutnya, WiMAX dan 3G tidak boleh dibuat perbandingan kerana kedua-dua teknologi ini memainkan peranannya yang tersendiri dan sentiasa berubah untuk mencapai tahap teknologi yang lebih tinggi.

Pengurus Negara Nokia Siemens Network Malaysia, Bill Chang, berkata Nokia Siemens Networks (NSN) yang berkeyakinan terhadap GSM - 3G, 3.5G, LTE juga sepertimana WiMAX dan teknologi lain memastikan Malaysia mempunyai pilihan untuk merealisasi dan mengguna pakai teknologi tertentu yang bersesuaian dengan kemahuan dan keperluan untuk jangka masa pendek dan akan datang.

“WiMAX dianggap pelengkap kepada 3G, DSL dan teknologi jalur lebar lain sejajar dengan pelan MyICMS886. Ia membantu peningkatan jalur lebar, terutama yang berkaitan dengan penggunaan kabel tembaga dan dilihat sebagai antara teknologi yang meringankan pengasingan kos.

“Sebagai contoh, pembangunan Village Connection dan Internet Village adalah jalan penyelesaian daripada NSN, berperanan dengan menyatukan inovatif dan perniagaan yang fleksibel, seperti mengurangkan kos peralatan untuk membolehkan peningkatan pasaran, membolehkan ia bergabung dengan komuniti, Internet dan seluruh dunia,” katanya.

Tiga faktor penyelesaian untuk ‘siapa menang’ dan mengapa?

Modul enkripsi vs kad SIM (Modul Identiti Pelanggan)

Set cip WiMAX diperluaskan dengan murah untuk kegunaan komputer riba, netbook, telefon dan peralatan pengguna berasaskan elektronik. Teknologi seperti HSPA tidak mampu dibandingkan kerana satu perkara: kad SIM. Peralatan yang dihubungkan kepada rangkaian telefon perlu mempunyai kad SIM fizikal. Kombinasi rangkaian cip telefon dan kad SIM adalah lebih mahal berbanding cip WiMAX.

WiMAX menggunakan modul enkripsi perisian yang ternyata lebih fleksibel, mudah ditatarajah dan diskalakan. Jika WiMAX mampu bergerak di pelbagai peralatan elektronik pengguna, ini menunjukkan WiMAX lebih berkuasa berbanding 3G. Walaupun 3G mampu menggerakkan kad SIMnya sebagai penyelesaian perisian namun ia tetap mengambil masa yang bertahun untuk mengubah pendekatannya.

Pencapaian sebenar

Ketika kebanyakan syarikat memperdagangkan talian 3G serta membandingkan kelajuan HSPAnya sama dengan WiMAX, tidak semestinya pelaksanaan kedua-duanya sama. WiMAX bertunjangkan IP, mempunyai topologi rangkaian yang lebih mudah maka ia sepatutnya mempunyai spektrum yang lebih berkesan dan laju.

Pandangan dan kemahuan pengguna

Rangkaian telefon dianggap tidak meyakinkan pengguna tentang teknologi tanpa wayar yang mampu memberi pengalaman Internet di rumah ke telefon bimbit. Kebanyakan telefon bimbit mempunyai perisian Bluetooth dan digunakan untuk mesej dan melayari Internet secara asas. Senario ini menganggap telefon bimbit 3G menjadi lebih mudah berbanding DSL atau kabel modem.

WiMAX mampu mengatasi hal ini sekiranya dapat mengaplikasikan sambungan Internet di telefon bimbit dengan Fixed WiMAX, di mana pengguna mempunyai akses 10 Mbps di rumah/pejabat dan boleh dicapai melalui telefon bimbit dengan 2 Mbps.

Perkara utama persaingan Internet antara WiMAX dan 3G ialah, dunia perniagaan masa kini menggunakan teknologi yang lebih pantas dan peka. Oleh itu, lebih ramai pengguna hari ini memilih WiMAX yang banyak digunakan oleh peniaga kecil dan sederhana (PKS) serta pengusaha berbanding 3G hanya menawarkan perkhidmatan untuk jangka pendek.

Kesimpulannya, WiMAX dan 3G meletakkan kedua-dua pengusaha rangkaian ini sentiasa bersaing antara satu sama lain, seperti NSN dan P1.

Tidak perlu mempersoalkan syarikat mana yang lebih untung kerana objektifnya penciptaan teknologi baru ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna.

Ketika ini juga sudah muncul teknologi 3.5G (HSDPA) dengan keupayaan sehingga 3.6 Mbps yang mampu dimiliki pengguna menerusi tawaran daripada penyedia rangkaian telekomunikasi di Malaysia seperti Celcom yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar dengan harga serendah RM98 sebulan bagi langganan 3.5G.

Bagaimana pula pendapat anda antara WiMAX dengan 3G?

Oleh Salmiah A Hamid
salmiah@hmetro.com.my





"“Aku Berharap diakhir kehidupan ini, aku dapat pergi ke Ghazzah walaupun berada atas kerusi roda. Aku akan menghalakan senjataku kepada israel, kemudian israel akan membalas dengan melontarkan bom kepadaku,akhirnya aku mencapai syahid di bumi Palestin”

Ini adalah sedutan ucapan Imam Qaradhawi di Qatar bersama pemimpin tertinggi Hamas pada 28 Januari 2009 yang bermottokan Ghazzah telah menang Kematian yang berlaku kepada rakyat Palestin merupakan kematian syahid yang diimpikan oleh setiap umat Islam. Ini adalah semangat yang berkobar-kobar ditunjukkan oleh orang tua yang berumur hampir 90 tahun. Bagaimana dengan orang muda seperti penulis dan pembaca sekelian. Tidak rasa malukah mendengar ucapan sebegini.!

“Sebenarnya asas kepada kejayaan Hamas ialah kebersatuan ahli Ghazzah dalam menghadapi tekanan Israel” tegas beliau lagi. Sebelum ini, Sheikh Ahmad Yasin pernah di bom oleh tentera Israel. Walaupun Sheikh Ahmad Yasin tidak mempunyai apa-apa kekuatan jasadiyyah, mata beliau yang hampir buta, telinga yang kurang pendengaran, tubuh yang tidak bermaya, suara yang terlampau tidak jelas. Tetapi orang sebegini menimbulkan kegerunan kepada israel. Orang sebegini mampu berjuang sehingga mendapat pahala syahid. “kemenangan di Ghazzah merupakan kemenangan permulaan. Kita masih menunggu kemenangan yang menyeluruh dengan pembebasan bumi Palestin.”

“Ahli Ghazzah bersatu atas dasar iman dan ukhuwwah, dengan sebab itu, Allah SWT telah menyatukan hati-hati mereka. Israel dan sekutu-sekutunya ingin memecahkan kesatuan antara penduduk dengan pemerintah dengan mengadakan pelbagai sekatan dan melaparkan penduduk Hamas untuk menyusahkan pemerintah Hamas. Tetapi sayang, penduduk Ghazzah menerima kelaparan dan menolak untuk tunduk kepada Israel” Itulah antara sedutan kata-kata yang penuh bersemangat oleh Imam Qaradhawi. Sepatutnya para pemuda perlu mengambil pengiktibaran di atas semangat yang ditonjolkan oleh beliau. Palestin mempunyai sejarah yang cukup panjang. Ia juga menjadi perebutan antara tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi.

Di zaman Kristian berkuasa, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Di zaman yahudi, umat Islam disembelih, diperkosa dan dizalimi. Ketika Islam menguasai bumi Palestin, penduduk yang beragama kristian dan yahudi dibenarkan untuk melawat tempat ibadat mereka tanpa diganggu dan dizalimi. Inilah toleransinya Islam sehingga digeruni dan didengki oleh penganut agama lain. Walaupun yahudi Zionis telah mengumumkan penarikan tentera di Ghazzah, tetapi penulis yakin, serangan itu pasti kembali. Yahudi adalah bangsa pengkhianat kepada perjanjian.Semenjak zaman Nabi Musa lagi, bangsa yahudi selalu melanggar perjanjian. Perangai buruk itu terus menerusi diwarisi oleh anak cucunya hingga kini. Pelbagai perjanjian genjatan senjata sudah dilakukan, tetapi akhirnya perjanjian ini terus dikhianati. Kemudian yahudi akan menuding jari kepada Hamas kerana menjadi penyebab kepada perjanjian ini dilanggar.

Amerika dan PBB terus menyokong yahudi Zionis dan terus menerus mempersalahkan Hamas setiap masa. Terbaru kenyataan Barack Obama yang mempertahankan tindakan Yahudi Zionis terhadap serangan tersebut. Penulis tidak pasti adakah kenyataan ini keluar dari hati nurani beliau atau terpaksa mengikut telunjuk pelobi yahudi di Amerika. Yahudi berjaya mempengarui kuasa besar. Tetapi tindakan Hamas tidak mampu menarik simpati pemimpin umat Islam. Pemimpin umat Islam sudah hilang sensitiviti terhadap nasib saudaranya sendiri. Walaupun serangan Yahudi telah berakhir, boikot mesti diteruskan.

Pastikan ekonomi yahudi lumpuh sehingga mereka terpaksa merayu kepada dunia Islam. Semakin kuat dokongan kepada ekonomi yahudi, semakin kuat serangan terhadap umat Islam. Kristian pernah menguasai bumi Palestin hampir 100 tahun. Kemudian Sultan Salahuddin telah membebaskannya. Yahudi Zionis telah menguasai bumi Palestin hampir 60 tahun (1948-2009). InsyaAllah umat Islam akan kembali membebaskan bumi Palestin dalam masa terdekat ini melalui kekuatan yang diberikan kepada Hamas.
Sama-samalah kita doakan
www.attakiri.blogspot.com
"

sumber : Islamonline.net

Hadis Sahih - cinta
11:28 PM | Author: anakbelalang

Dari Anas bin Malik r.a, katanya: Nabi saw bersabda:

"Orang belum dapat merasakan kemanisan iman, sampai ia dapat mencintai orang lain yang hanya dicintainya kerana Allah saja; sampai ia lebih suka ditempatkan ke dalam api daripada kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya; dan sampai ia mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya."




Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1708




jika windows anda pirate...
tidak ginuine...
boleh menggunakan software ini....
windows anda boleh diupdate selepas di crack kan...


ni crack utk w
indows(genuine) & activekan vista termasuk vista SP1.
boleh plih kt dlm 2....
klau vista SP1 bleh gune vista
activation crack atau vistaSP1 loader 3.0.0.1...
semuanya ade
r dalam ni...

folder genuine - boleh active vista
- boleh crack xp genuine (bace note)
-remove wga ( jika kt windows ader kuar victim software pirate)

vista loader 2.1.2 & vista loader 2.2.0 - active vista (bace note)

vista activation crack - active vista & vista SP1

vistaSP1 loader 3.0.0.1 - active vista & vista SP1
- hanya klik kat logo shja..(generate logo)

download link
Rokok adalah haram
12:13 AM | Author: anakbelalang
Dalam syara’, setiap yang memabukkan apabila dimakan, diminum, dihisap atau disuntik pada seseorang maka ia dikategorikan sebagai candu atau dadah kerana pengertian atau istilah candu adalah suatu bahan yang dikenalpasti memabukkan atau mengandungi elemen yang memabukkan.



download artikel....


Konflik hubungan antara ISLAM-Yahudi
9:39 PM | Author: anakbelalang

Oleh MOHD. SHAUKI ABD MAJID
PENULIS ialah Pengurus Penyelidikan, Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia (Yadim)

Sejarah mencatatkan hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi bermula setelah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Hubungan ini lebih banyak bersifat politik sebab sebelum Nabi Muhammad berhijrah, di Madinah sudah terdapat orang Yahudi.

Mereka sangat berpengaruh dari segi politik dan ekonomi serta sukar untuk membezakan dengan orang Arab setempat kerana hubungan perkahwinan, pemakaian nama Arab dan juga terdapat orang Arab yang menganut agama Yahudi.

Antara suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah Bani Nadir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa. Persaingan serta permusuhan Bani Khazraj dan Bani Aus, dua suku utama asli Madinah amat menguntungkan umat Yahudi.

Untuk memelihara kerukunan dan keutuhan warga Madinah, melalui Piagam Madinah, Rasulullah SAW menyatukan mereka yang tidak hanya terdiri daripada orang Islam dengan orang Arab tetapi juga kaum Yahudi.


Dari segi politik antara Islam dan Yahudi sebenarnya tidak begitu baik kerana sejak zaman Rasulullah SAW kedua-dua umat ini sering terlibat dalam pelbagai konflik. Mereka menjalin hubungan dengan pihak yang memusuhi Rasulullah SAW seperti Abdullah bin Ubai (ketua orang Munafik). Begitu juga dengan orang Quraisy.

Konflik dengan Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah sering timbul sehingga kadang-kadang menyebabkan berlaku pertentangan secara fizikal yang menyebabkan pertumpahan darah. Bagi menghalang kegiatan dakwah mereka mengadakan sekatan ekonomi pada umat Islam, mencipta fitnah dan cuba menimbulkan kebencian antara sesama Muslim yang ada di Madinah pada waktu itu.

Ini semua merupakan lembaran hitam dalam sejarah hubungan umat Islam dan Yahudi di zaman Rasulullah SAW. Maknanya permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah diketahui dan sudah ada sejak dahulu lagi. Sehinggalah masa mutakhir ini, mereka tidak henti-henti melakukan tipu daya dan permusuhan terhadap kaum Muslim.

Justeru perseteruan antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi di Palestin sebenarnya bukan lagi berkaitan soal penguasaan wilayah. Pertikaian ini dilihat dari segi sejarah lebih kepada persoalan agama, akidah dan Islam. Justeru, kebiadapan dan kekejaman rejim Zionisme ke atas umat Islam di Gaza sekarang ini mengingatkan kita kembali peristiwa bersejarah pembunuhan beramai-ramai (penghapusan etnik) umat Islam Bosnia oleh Serb pada tahun 1992.

Manakala pada 1998, ribuan Muslim Kosovo dicincang oleh puak Serbia. Cita-Cita mereka adalah untuk menghapuskan agama Islam di muka bumi ini.

Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu".

Janji Allah SWT tentang kemenangan Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: "Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekaliannya meskipun orang musyrik membencinya." (Surah al-Taubah ayat 33).

Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis daripada Abu Hurairah, yang mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, 'Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.'Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis ini jelas bahawa peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah bila mana umat Islam benar-benar bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah.

Mereka bersatu di bawah naungan kehambaan kepada Allah SWT sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, assabiyah atau kaum tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.

Harapan yang dinanti-nanti ini pasti tiba masanya dan sekarang sudah bermula gelombangnya yang bergerak melalui tiupan kesedaran agama dan kebangkitan Islam diseluruh dunia. Ramalan dan firasat nubuwah telah banyak berlaku seperti pembukaan kota Konstantinople oleh Muhammad al-Fatih pada tahun 1453 M dan sesudah itu akan tiba masanya pembukaan kota Rom sebagaimana yang dijanjikan dalam hadis sahih riwayat Ahmad, al-Hakim dan lain-lain.

Menurut sesetengah ulama Islam akan kembali sekali lagi di Eropah dan untuk kali kedua ini Islam akan masuk melalui timur. Hakikat ini pasti berlaku dan akan menjadi kenyataan sama ada melalui jalan kekerasan dan peperangan atau kebijaksanaan dakwah dan pemikiran atau kerelaan dan penerimaan hati musuh itu sendiri.

Sepanjang sejarah bangsa Yahudi, selamanya menjadi buruan segenap bangsa kerana mereka memusuhi segala ajaran agama di dunia. Kita yakin dan percaya berita baik ini akan tiba di mana akhirnya situasi peperangan akan berpihak kepada umat Islam.

Dengan kemenangan ini bererti kiamat betul-betul telah dekat. Jadi terjadinya kiamat itu dikaitkan dengan tanda-tanda tersebut.

Namun demikian bukan bererti Allah SWT tidak berkuasa menegakkan kiamat tanpa tanda-tanda itu melainkan kerana adanya hikmah yang Allah kehendaki. Sekali gus,ini sebagai bukti rahmat Allah, agar hamba-Nya sentiasa berwaspada dan berhati-hati. Ini juga untuk menunjukkan kesempurnaan aturan Allah terhadap seluruh makhluk-Nya dengan kekuasaan dan kehendak-Nya.

Ini adalah berita ghaib dari Rasullullah SAW yang pasti benar dan pasti akan berlaku. Sesungguhnya Rasullullah tidak mengucapkan perkara syariat mengikut kehendaknya sendiri, apa lagi perkara-perkara ghaib yang tidak dapat beliau ketahui, melainkan ia berasal dari wahyu Allah.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan tiadalah diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (Surah An-Najm ayat 3 hingga 4)

Ada yang berpendapat peperangan yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah beberapa waktu sebelum kemunculan Dajjal dan turunnya Isa, kemudian berlanjutan hingga Dajjal muncul yang diikuti oleh Yahudi dan Isa turun lalu bergabung bersama barisan Muslimin.

Berita dalam hadis ini merupakan berita gembira bagi umat Islam. Ini merupakan janji Allah SWT yang akan memberi kemenangan kepada kaum Muslimin ke atas musuhnya Yahudi.

Hal ini pasti terjadi, berdasarkan kehendak kauniya (sunnah) Allah SWT. Namun ia bukan bererti kaum Muslimin boleh tidur lena, diam berpangku tangan menunggu datangnya kemenangan tersebut, tanpa mengambil sebab-sebab yang telah Allah tetapkan bersamaan dengan ketetapan takdir kauniya. Ini kerana Allah tidak menjadikan sesuatu, melainkan Allah tetapkan bersamanya sebabnya, sebagai suatu hikmah yang Allah kehendaki.

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra'du ayat 11)

Ini bermakna Allah SWT menjadikan adanya perubahan keadaan, yang baik atau yang buruk pada sesuatu kaum dengan sebab-sebab yang diusahakan oleh kaum itu sendiri. Jika suatu kaum itu dalam keadaan baik, penuh kenikmatan, kemudian mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan hilangnya kebaikan tersebut, maka Allah akan merubah keadaan mereka menjadi buruk dan sengsara.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: (Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah maha mendengar lagi mengetahui. (Surah Al-Anfaal ayat 53)

Oleh itu jika umat Islam ingin meraih kejayaan, kemuliaan dan kewibawaan, maka ia harus merubah diri dengan cara-cara yang sesuai dengan syariat.

Umat Islam perlu bersatu dan percayalah bahawa jika kita menolong agama Allah, nescaya ia akan menolong kita dan meneguhkan kedudukan kita. Maknanya jika kita mengamalkan apa yang diperintahkan dan menjauhi segala larangannya, sudah tentu Allah akan memenangkan kita ke atas Yahudi itu.



Links to this post



Ceramah Bantah PPSMI 1 Feb KL
9:57 PM | Author: anakbelalang

Pelancaran Kempen Himpunan 100 Ribu Membantah PPSMI
(Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)

Tarikh : AHAD 1 Februari 2009
Masa : Jam 9 malam
Tempat : Di Markas Tarbiah PAS Pusat , Taman Melewar , Kuala Lumpur


Pemidato Utama :

1. Tuan Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
2. Prof Abdullah Hassan (UPSI)

Semua Dijemput Hadir

HIDUP BAHASA MELAYU




PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI
9:53 PM | Author: anakbelalang


PERHIMPUNAN RAKSASA MENENTANG PPSMI


SABTU 7 Mac 2009



Mesyuarat badan-badan penganjur Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) membuat keputusan tarikh himpunan raksasa bagi membantah PPSMI adalah pada 7 Mac 2009.

Tarikh SABTU 7 Mac dipilih kerana pada hari itu semua penyokong GMP di semua negeri-negeri Semenanjung bercuti, oleh itu mereka dapat turun ke Kuala Lumpur.

Himpunan ini akan dijalankan seperti juga Himpunan Bersih!

Himpunan raksasa itu nanti adalah bagi mengiringi para pemimpin GMP menyampaikan memorandum kepada ke Bawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang menjadi mangsa PPSMI akan hadir dengan membawa bersama-sama anak-anak mereka.


Puan Ainon Mohd

Presiden,

Universiti Terbuka PTS

ainon@pts.com.my

http://universitipts.com/index.php/site/comments/sabtu_7_mac_2009_tarikh_perhimpunan_raksasa_gmp/




salam muhibbah....
9:24 PM | Author: anakbelalang
assalamualaikum...
dan salam sejahtera....
blog ini tantapan umum..
aku msih baru lg dlm bdg ni..
jd ape2 kesalahn d mohon maaf..
dan sudi2lah membantu....


terima kasih..

anakbelalang